![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Cara-cara mengisi borang UMA-7 beserta dokumen yang perlu dilengkapkan oleh waris bagi menuntut Wang Tak Dituntut (WTD) empunya yang telah meninggal dunia (tuntutan RM2,000.00 dan ke bawah)
Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) oleh waris/pentadbir bagi empunya yang telah meninggal dunia?
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Waris/Pentadbir
2. Salinan dokumen pengenalan diri Waris/Pentadbir
3. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh waris/pentadbir, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan
terus ke dalam akaun).
Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
4. Salinan Sijil Kematian
5. Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi / Pihak Berkuasa/Pejabat Daerah di Sabah atau Sarawak/Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian
Persekutuan (JKPTG) / Amanah Raya Berhad yang mengandungi maklumat WTD dalam senarai harta
6. Dokumen asal atau surat pengesahan (jika berkenaan)
Nota:
** Sijil Faraid adalah bukan Surat Kuasa Mentadbir.
** Perintah Mahkamah/Grant Of Probate/Letters Of Administration daripada Mahkamah Luar
Negara perlu didaftar dan dimeterai di Mahkamah Tinggi Malaya.
** Salinan perlu disahkan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut.
NOTA:
Bagi tuntutan WTD bagi amaun keseluruhan berjumlah sehingga RM2,000, sekiranya tiada surat kuasa mentadbir kelonggaran diberikan dengan mengemukakan dokumen berikut:
i. Salinan dokumen yang menunjukkan pertalian/ hubungan seperti Sijil Kelahiran, Sijil Nikah atau lain-lain dokumen yang sah; dan
ii. Borang AM 80 dan Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 yang lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah serta dimatikan Setem Hasil RM10.00 di LHDN. Tempoh setem hasil hendaklah tidak melebihi 30 hari dari tarikh tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah, pemohondan saksi.
Nota: Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar dalam tempoh 07 hariberkerja daripada tarikh permohonan online dikemukakan
Lampiran :
1) Contoh Tuntutan Waris (Borang UMA 7)
2) Contoh Tuntutan Waris (Borang UMA 8)
3) Dokumen Sokongan Tuntutan WTD Individu
Unit Gaji
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



