![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Datin/Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN HARGA TIKET PENERBANGAN WARAN PERJALANAN UDARA AWAM MALAYSIA AIRLINES BERHAD DAN FIREFLY TAHUN 2026
2. Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan GS/MY-030/DIS2025 bertarikh 5 Disember 2025 mengenai perkara di atas.
3. Dimaklumkan bahawa MAG telah mengemukakan senarai harga tiket penerbangan Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) yang terkini bagi Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Firefly bagi tempoh 01 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026. Harga Baharu WPUA yang dikemas kini adalah berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.
4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan senarai harga WPUA MAB dan Firefly yang terkini untuk rujukan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya. Kerjasama YBhg. Datin/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada semua Pusat Tanggungjawab di bawah seliaan masing-masing berkenaan kemas kini harga WPUA tersebut.
Sekian, terima kasih.
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Lampiran :
1. Pemberitahuan pengemaskinianHarga Tiket Penerbangan WPUA MAB dan FIREFLY TAHUN 2026
2. Harga Tambang 2026 GOVT MAB
3. Harga Tambang GOVT FIREFLY 01JAN-31DIS 2026
4. HARGA TAMBANG KERAJAAN MALAYSIA AIRLINES BERHAD & FIREFLY BERKUATKUASA 01JAN26-31DIS26



