![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
HEBAHAN : TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN BAGI SUKUAN PERTAMA (1) TAHUN 2026
Ruj. kami: ANM.Ps (UPA)0009 Jld.15 (2)
Tarikh: 08 April 2026
Semua PTJ JANM Negeri Perlis
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
PERKARA: TATACARA PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN DAN PELAKSANAAN ROBOT PROCESS AUTOMATION (RPA) BPOPP05
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 (SPANM) berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan [JANM.BKP.600-14/1/11 JLD.4(4)] adalah berkaitan.
2. Selaras dengan pelaksanaan Robot Process Automation (RPA) BPOPP05 bersama PTJ oleh JANM melalui surat edaran rujukan ANM.Ps(T) 0136 Jld.4 (24) bertarikh 12 Mac 2026, yang memacu kearah Matlamat dan Visi Jabatan kearah pendigitalan perakaunan, PTJ adalah digalakkan untuk melaksanakan Robot Process Automation (RPA) BPOPP05 bermula Sukuan Pertama 2026. Pelaksanaan ini akan diwajibkan bagi kesemua PTJ pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan.
3. Sebagai persediaan dan untuk memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan lancar, JANM Negeri Perlis telah bersetuju untuk melaksanakan automasi ini secara berperingkat. Peringkat pertama Sukuan 1 2026 melibatkan kementerian seperti senarai di bawah. PTJ boleh merujuk kepada penyelaras dari JANM Negeri Perlis masing-masing sekarinya memerlukan bantuan. Baki PTJ yang tidak disenaraikan dinasihatkan untuk bersiap siaga akan pelaksanaan ini bagi sukuan berikutnya. A2, A5, A9, B3, B5 – Jabatan Perdana Menteri
i) A2, A5, A9, B3, B5 – Jabatan Perdana Menteri
ii) B6 - Kementerian Kewangan
iii) C1 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
iv) C2 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
v) C5 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
vi) C6 – Kementerian Kerja Raya
vii) C7 – Kementerian Pengangkutan
viii) D1 - Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya
ix) D7 – Kementerian Sumber Manusia
x) D8 – Kementerian Komunikasi
xi) E5 – Kementerian Perpaduan
xii) E7 – Kementerian Ekonomi
4. Bersama-sama ini disertakan Lampiran A: Jadual Aktiviti Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Pertama (1) Tahun 2026 untuk tindakan dan perhatian Tuan/Puan selanjutnya. Selaras dengan kehendak Garis Panduan Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan, SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, PTJ dipertanggungjawabkan untuk memastikan Laporan Baki Aset (LBA) disediakan dengan tepat melalui:
i. pelaksanaan verifikasi keberadaan fizikal;
ii. penyediaan dokumen sokongan sebagai pembuktian pemilikan asset; dan
iii. penelitiaan semakan terperinci bagi proses-proses yang terlibat.
5. PTJ juga diingatkan untuk menyimpan dokumen sokongan yang lengkap diperingkat PTJ termasuklah dokumen pelarasan yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Mengambilkira keperluan ini, semua tindakan pelarasan yang perlu dilaksanakan oleh PTJ haruslah di segerakan sewajarnya tanpa dilenggahkan. Hasil Tindakan ini seharusnya dapat dizahirkan melalui output akhir sukuan seterusnya dengan tidak mengemukakan Tindakan pelarasan yang belum diambil pada Laporan Sukuan berikutnya. Salinan keperluan dokumen dan borang yang terlibat boleh didapati di laman sesawang rasmi JANM
Negeri Perlis di alamat https://perlis.anm.gov.my/.
6. Pengesahan ini hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Unit PengurusanAset (UPA) JANM Perlis secara salinan lembut (softcopy) melalui e-mel:
Sekian, terima kasih.
Unit Perakaunan Aset,
JANM Negeri Perlis



