rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

PENYEDIAAN SIJIL PERAKAUN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR 2025
 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


Menurut Arahan Perbendaharaan 113(f) telah dinyatakan bahawa “Pada penghujung tahun semua pemegang panjar hendaklah mengemukakan satu salinan Sijil Perakuan Panjar bersama-sama rekupmen terakhir bagi tahun tersebut kepada Akauntan Negara dengan satu salinan kepada Ketua Audit Negara.Sijil Perakuan Panjar perlu dikemukakan bersama-sama rekupmen akhir ke Pejabat Perakaunan di mana rekupmen dibuat dan apungan berada”.
Sehubungan itu,semua pemegang panjar di Pusat Tanggungjawab(PTJ) diminta untuk menyediakan dan menghantar Sijil Perakuan Panjar beserta dokumen sokongan sebanyak 2 set dokumen asal kepada Jabatan
Akauntan Negara Negeri Perlis selewat-lewatnya 5 Januari 2026(Isnin).Sijil ini boleh dicetak mulai 31 Disember 2025 dan sebarang transaksi panjar tahun 2026 hanya boleh dilakukan setelah Sijil Perakuan
Panjar dicetak.
Bersama-sama ini dilampirkan surat & tatacara penyediaan dokumen untuk tindakan selanjutnya.

1) SURAT PENYEDIAAN SIJIL PERAKAUN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR 2025

2) TATACARA PENYEDIAAN DOKUMENTATACARA PENYEDIAAN DOKUMEN

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS