JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
EDARAN SPANM BIL. 5 TAHUN 2023 - TATACARA PENGURUSAN BAYARAN.
TARIKH KEMASKINI: 02 OGOS 2024
SOALAN LAZIM (FAQ) TARIKH KEMAS KINI: 29 NOVEMBER 2024
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengemaskini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2023 – Tatacara Pengurusan Bayaran bertarikh 2 Ogos 2024 selaras dengan surat edaran Kementerian Kewangan bertarikh 17 Julai 2024 berkaitan dengan pindaan Arahan Perbendaharaan 2023 bagi Arahan Perbendaharaan (AP) 11, AP 100, AP 101 dan AP 102. SPANM yang telah dikemas kini telah dimuat naik ke dalam Portal Janm (www.anm.gov.my).
3. SPANM Bil.5 Tahun 2023 kemas kini 2 Ogos 2024 ini bertujuan untuk memberi garis panduan kepada Kementerian/ Jabatan mengenai tatacara pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan selaras dengan pelaksanaan perakaunan akruan dan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) bagi memastikan pengurusan bayaran Kerajaan Persekutuan diperakaunkan dengan tepat dan betul dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4. Bersama ini disertakan SPANM Bil. 5 Tahun 2023 Tarikh Kemas kini 2 Ogos 2024 berserta dengan Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1) dan Soalan Lazim (FAQ) untuk makluman dan tindakan Tuan/ Puan selanjutnya.
SPANM BIL 5 TAHUN 2023:TATACARA PENGURUSAN BAYARAN 02.08.2024
LAMPIRAN 1:RINGKASAN PINDAAN SPANM BAYARAN 02.08.2024
SOALAN LAZIM (FAQ):TARIKH KEMASKINI 29.11.2024
CONTOH SENARIO DAN IMPLIKASI: LAMPIRAN A
Sekian, terima kasih.