faqhubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

BAUCAR JURNAL

Baucar Jurnal adalah satu dokumen kewangan yang merangkumi transaksi debit dan kredit bagi tujuan pembetulan / pelarasan akaun, dan juga digunakan dokumen perbelanjaan  antara jabatan.

Apabila terdapat kesilapan urusniaga , pegawai kewangan bertanggungjawab memastikan membuat pelarasan dengan kadar segera. Pegawai kewangan hendaklah :

  • Memastikan sumber kesilapan dan baucar jurnal dikepilkan bersama dokumen sokongan seperti salinan baucar bayaran, laporan kedudukan vot / laporan payroll dan sebagainya.
  • Memastikan kod pelarasan untuk caj line debit dan kredit adalah betul.

Bersama-sama ini dilampirkan

1) Nota MPK- GL 02 (Prosedur BAUCAR JURNAL MELALUI PORTAL 1GFMAS) dan

2) Tatacara menyedia baucar jurnal sebagai rujukan tuan/puan.