JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
KURSUS : MODUL AP (ACCOUNT PAYABLE) ZON UTARA (PERLIS)
Kursus yang diadakan pada 25 HINGGA 27 JULAI 2023 selama 3 hari mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Bilik Latihan (Tingkat 4), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan telah dihadiri oleh 18 orang kakitangan dari pelbagai jabatan kerajaan seluruh negeri Perlis. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Cik Hani Shahirah binti Madzli (Akauntan WA41) dan Puan Hafifah bt Mohd Azmi (Penolong Akauntan W36 TBBK 2).