![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
HEBAHAN BERKAT
PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA DAN PENGUATKUASAAN KADAR POTONGAN YURAN BULANAN BERKAT MENGIKUT GRED JAWATAN TERKINI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Keahlian BERKAT JANM ingin memohon kerjasama daripada pihak Jabatan tuan/ puan untuk membuat semakan semula ke atas semua kadar potongan yuran BERKAT. Langkah ini penting bagi memastikan tiada sebarang keciciran atau kesilapan amaun dalam rekod potongan bulanan ahli. Sehubungan dengan itu, pihak BERKAT di Pejabat Perakaunan Jabatan Akauntan Malaysia Negeri Perlis perlu memastikan kadar potongan yuran bulanan bagi setiap ahli adalah tepat dan selaras dengan kadar yang ditetapkan dalam Perlembagaan BERKAT.
Untuk rujukan dan tindakan pihak tuan/puan, jadual kadar potongan yuran bulanan rasmi mengikut gred jawatan yang hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan sewajarnya adalah seperti berikut:
| BIL |
GRED JAWATAN AHLI |
KADAR POTONGAN SEBULAN ( RM ) |
| 1 | JUSA / Gred Utama ke atas | 20.00 |
| 2 | Gred 12 hingga 14 | 10.00 |
| 3 | Gred 6 hingga 10 | 6.00 |
| 4 | Gred 1 hingga 5 | 2.00 |



