rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

HEBAHAN PELAKSANAAN MyDigital ID SEBAGAI AKSES TUNGGAL BAGI SISTEMePENYATA GAJI & LAPORAN (ePAYSLIP) MOBILE JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) MULAI 1 JANUARI 2027

 

 

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak pengurusan JANM telah bersetuju bagi pelaksanaan MyDigital ID sebagai akses tunggal ke Sistem ePayslip Mobile iaitu melalui Mesyuarat Pengurusan JANM Bil. 7/2026 bertarikh 28 Ogos 2026. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan usaha memperkukuh keselamatan pengesahan identiti dan memastikan integriti data serta meningkatkan kemudahan dan kecekapan capaian perkhidmatan digital Kerajaan.

3.       Mulai 1 Januari 2027, akses ke Sistem ePayslip Mobile akan beralih sepenuhnya kepada MyDigital ID sebagai akses tunggal log masuk. Walau bagaimanapun, bagi Sistem ePayslip Web, kaedah capaian sedia ada masih dikekalkan. Pengguna masih boleh terus mengakses ePayslip Web sama ada melalui MyDigital ID atau menggunakan kaedah log masuk dan kata laluan sedia ada.

4.       Pengguna hendaklah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID bagi membolehkan akses kepada Sistem ePayslip Mobile. Bagi tujuan pendaftaran dan penggunaan MyDigital ID, pengguna hendaklah merujuk ke portal rasmi MyDigital ID di pautan https://www.digital-id.my/.

5.       Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan Hebahan Log Masuk Tunggal  ePayslip Mobile mulai 01 Januari 2027 untuk dipanjangkan kepada semua pengguna ePayslip di bawah seliaan masing-masing bagi memastikan pelaksanaan ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

6.       Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

Surat Hebahan MyDigital ID ePayslip

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS