![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
MAKLUMAN ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN NOVEMBER 2026
Dimaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis hendaklah mematuhi arahan penutupan akaun bulanan bagi bulan November 2026.
Sehubungan itu, semua PTJ diminta mengambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut bagi memastikan urusan pembayaran, hasil dan terimaan serta pengurusan panjar dilaksanakan dengan teratur dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
1. ARAHAN PEMBAYARAN
-
PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat Perakuan 1 dan Perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran dengan atau tanpa Pesanan Kerajaan selepas jam 12.00 tengah hari pada 30 November 2026 (Isnin).
-
Proses Perakuan 2 boleh dilaksanakan semula seperti biasa pada 1 Disember 2026 (Selasa).
-
Semua PTJ diminta merancang penyediaan baucar bayaran lebih awal bagi mengelakkan kelewatan dalam proses pembayaran.
-
Bagi PTJ yang perlu mencapai tempoh pembayaran sempurna dalam masa tujuh (7) hari kalendar, penyediaan baucar bayaran pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum adalah tidak digalakkan. Perancangan awal amat penting bagi memastikan KPI yang ditetapkan oleh Kementerian dapat dipatuhi.
2. HASIL DAN TERIMAAN
-
Semua resit yang dikeluarkan hendaklah disediakan Penyata Pemungut dengan segera.
-
Baki Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar, kecuali bagi terimaan yang diterima selepas waktu bekerja pada 30 November 2026 (Isnin).
-
Bagi terimaan melalui e-Pembayaran atau transaksi dalam talian, PTJ hendaklah memastikan ejen pemungut yang dilantik memindahkan kutipan ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas tarikh transaksi (T+1), selaras dengan SPANM Bil. 3/2019.
-
PTJ juga hendaklah memaklumkan kepada pembayar bahawa pembayaran melalui Cash/Cheque Deposit Machine dan ATM MEPS adalah TIDAK DIBENARKAN, selaras dengan Arahan Perbendaharaan AP80(d).
3. PANJAR WANG RUNCIT (PWR) DAN AP96(a)
-
Tarikh akhir penyediaan rekupmen Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a), termasuk penyelesaian sehingga Perakuan 2, adalah pada 23 November 2026 (Isnin).
-
Semua PTJ hendaklah memastikan rekupmen PWR dan AP96(a) ditunaikan dalam tempoh tiga (3) hari selepas pemakluman daripada JANM Negeri Perlis.
-
Penerimaan rekupmen dalam sistem iGFMAS hendaklah diselesaikan sebelum jam 4.00 petang pada 24 November 2026 (Selasa).
-
PTJ hendaklah memastikan Resit Pembayaran (KEW.50e) berstatus 80 dalam bulan semasa.
4. TINDAKAN SEKIRANYA GAGAL MEMATUHI ARAHAN
PTJ yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan hendaklah mengemukakan Surat Tunjuk Sebab kepada JANM Negeri Perlis. Salinan surat tersebut juga hendaklah diemelkan kepada
Semua PTJ dimohon mengambil tindakan sewajarnya dan membuat perancangan awal bagi memastikan segala urusan berkaitan penutupan akaun bulanan November 2026 dapat diselesaikan dengan lancar, teratur dan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan komitmen semua PTJ dalam mematuhi arahan ini amat dihargai.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI PERLIS



