rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,

PELARASAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) -MALAYSIA AIRLINES

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan GS/MY-042/SEP2026 bertarikh 28 September 2026 mengenai perkara di atas.

2.  Dimaklumkan bahawa pihak MAG telah mengemas kini harga Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Malaysia Airlines bagi sektor domestik dan antarabangsa berikutan perubahan kos bahan api global.  Senarai harga WPUA baharu termasuk pelarasan caj bahan api (YQ) adalah berkuat kuasa pada 29 September 2026.

3.  Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan adalah dimohon untuk memaklumkan perkara tersebut kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan masing-masing.
 a).Bersama-sama ini dikepilkan surat dan kadar harga terkini untuk Makluman PTJ.
                      i) Harga Tambang 2026 GOVT MAB - Kemaskini 29Sep 2026
                      ii) Surat Pemakluman MAB-Penyelarasan Harga
                      iii) PEMAKLUMAN PELARASAN SURCAJ BAHAN API (YQ) BAGI HARGA TAMBANG GOVT MALAYSIA AIRLINES                               BERHAD BERKUATKUASA 29 SEPTEMBER 2026.bkp
                      

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS