
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
MAKLUMAN ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI
BULAN OKTOBER 2026
Dimaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis hendaklah mematuhi arahan penutupan akaun bulanan bagi bulan Oktober 2026. Semua PTJ diminta mengambil perhatian terhadap ketetapan berikut bagi memastikan urusan pembayaran, hasil dan terimaan serta pengurusan panjar dilaksanakan dengan teratur dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
1. Arahan Pembayaran
-
PTJ tidak dibenarkan membuat Perakuan 1 dan Perakuan 2 selepas jam 12.00 tengah hari pada 30 Oktober 2026 (Jumaat) bagi Arahan Pembayaran dengan atau tanpa Pesanan Kerajaan.
-
Proses Perakuan 2 boleh dilaksanakan semula seperti biasa pada 2 November 2026 (Isnin).
-
PTJ yang perlu memenuhi tempoh pembayaran sempurna dalam masa tujuh (7) hari kalendar disarankan supaya tidak menyediakan baucar bayaran pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum. Langkah ini penting bagi memastikan proses pembayaran dapat diselesaikan mengikut KPI yang ditetapkan.
2. Hasil dan Terimaan
-
Semua resit yang dikeluarkan hendaklah disediakan Penyata Pemungut dengan segera.
-
Baki Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar, kecuali bagi terimaan yang diterima selepas waktu bekerja pada 30 Oktober 2026 (Jumaat).
-
Bagi terimaan melalui e-Pembayaran atau transaksi dalam talian, PTJ hendaklah memastikan ejen pemungut yang dilantik memindahkan kutipan ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas tarikh transaksi (T+1), selaras dengan SPANM Bil. 3/2019.
-
PTJ hendaklah memaklumkan kepada pembayar bahawa pembayaran melalui Cash/Cheque Deposit Machine dan ATM MEPS adalah tidak dibenarkan, selaras dengan Arahan Perbendaharaan AP80(d).
3. Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a)
-
Tarikh akhir penyediaan rekupmen Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a), termasuk penyelesaian sehingga Perakuan 2, ialah 22 Oktober 2026 (Khamis).
-
Semua PTJ hendaklah memastikan rekupmen PWR dan AP96(a) ditunaikan dalam tempoh tiga (3) hari selepas pemakluman daripada JANM Negeri Perlis.
-
Penerimaan rekupmen dalam sistem iGFMAS hendaklah diselesaikan sebelum jam 4.00 petang pada 23 Oktober 2026 (Jumaat).
-
PTJ juga hendaklah memastikan Resit Pembayaran (KEW.50e) berstatus 80 dalam bulan semasa.
4. Tindakan Sekiranya Gagal Mematuhi Arahan
PTJ yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan hendaklah mengemukakan Surat Tunjuk Sebab kepada JANM Negeri Perlis dan menghantar salinan melalui e-mel kepada
Semua PTJ dimohon mengambil tindakan sewajarnya dan merancang urusan kewangan lebih awal bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan Oktober 2026 berjalan lancar, teratur dan mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.
Kerjasama dan komitmen semua PTJ dalam perkara ini amat dihargai.
Unit Pengurusan Dana dan Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis



