rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Coat of arms of Malaysia - Wikipedia
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

JADUAL AKTIVITI PENYELENGGARAAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN DAN PELAKSANAAN ROBOT PROCESS AUTOMATION (RPA) BPOPP05 – SUKU KETIGA TAHUN 2026

 

Ruj. Kami : ANM.Ps (UPA)0009 Jld.18(02)
Tarikh : 01 Oktober 2026

Semua PTJ JANM Negeri Perlis
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Tuan,
 
PERKARA: JADUAL AKTIVITI PENYELENGGARAAN LAPORAN PERAKAUNAN ASETBUKAN KEWANGAN KERAJAAN DAN PELAKSANAAN ROBOT PROCESS AUTOMATION (RPA) BPOPP05 – SUKUAN KETIGA TAHUN 2026
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 (SPANM) berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan [JANM.BKP.600-14/1/11 JLD.4(4)] adalah berkaitan.
 
2.         Selaras dengan pelaksanaan Robot Process Automation (RPA) BPOPP05 bersama PTJ oleh JANM melalui surat edaran rujukan ANM.Ps(T) 0136 Jld.4 (24) bertarikh 12 Mac2026, yang memacu kearah Matlamat dan Visi Jabatan kearah pendigitalan  perakaunan, PTJ di bawah Negeri Perlis adalah diwajibkan untuk melaksanakan Robot Process Automation (RPA) BPOPP05 bermula Sukuan Kedua 2026. 
 
3.         Bersama-sama ini disertakan Lampiran A: Jadual Aktiviti Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Ketiga (3) Tahun 2026 dan Tatacara Penyelenggaraan Laporan Aset Bukan Kewangan   untuk tindakan dan pihak tuan selanjutnya. Selaras dengan kehendak Garis Panduan Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan, SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, PTJ dipertanggungjawabkan untuk memastikan Laporan Baki Aset (LBA) disediakan dan disemak dengan tepat melalui:-
i.          pelaksanaan verifikasi keberadaan fizikal;
ii.         penyediaan dokumen sokongan yang lengkap sebagai pembuktian pemilikan aset; dan
iii.        penelitian semakan terperinci bagi proses-proses yang terlibat.
 
4.         PTJ juga diingatkan untuk menyimpan dokumen sokongan yang lengkap diperingkat PTJ termasuklah dokumen pelarasan yang dikemaskini dari semasa ke semasa. Mengambilkira keperluan ini, semua tindakan pelarasan yang perlu dilaksanakan oleh PTJ haruslah di segerakan sewajarnya tanpa dilengahkan.  Semua tindakan pelarasan dan pembetulan yang dikenalpasti pada verifikasi sukuan kedua hendaklah diselesaikan dengan segera dan tidak berulang pada verifikasi sukuan ketiga. Salinan keperluan
dokumen dan borang yang terlibat boleh didapati di laman sesawang rasmi JANM Negeri Perlis di alamat https://perlis.anm.gov.my/ .
 
5.         Pengesahan ini hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Unit Perakaunan Aset (UPA) JANM Perlis secara salinan lembut (softcopy) melalui emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  untuk tindakan kami selanjutnya. Tarikh akhir penghantaran
adalah selewat-lewatnya pada 27 Oktober 2026 (Selasa), jam 5.00 petang. Mohon pihak PTJ mematuhi tarikh yang telah ditetapkan. Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

Lampiran:

JADUAL AKTIVITI PENYELENGGARAAN LAPORAN SUKUAN KETIGA 2026

UNIT PERAKAUNAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS