JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
AKTIVITI MIGRASI DATA BAKI AWAL ASET BATCH 2 TAHUN 2026
Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) di bawah Unit Amalan Perakaunan (UAP) akan menjalankan Aktiviti Migrasi Data Baki Awal Batch 2 Tahun 2026 mulai 15 September 2026 sehingga 28 September 2026 seperti berikut:
| Tarikh | Hari | Masa |
| 15 September 2026 | Selasa | 8.00 pm – 11.59 pm |
| 16 September 2026 | Rabu | 9.00 am – 10.00 pm |
| 17 - 28 September 2026 | Khamis - Isnin | 8.00 pm – 11.59 pm |
3. Sehubungan dengan itu, sebarang aktiviti melibatkan transaksi aset digantung
(suspended) buat sementara waktu dan pihak tuan/puan perlu memastikan tiada aktiviti
melibatkan transaksi aset berlaku sepanjang tempoh dinyatakan di atas. Ini bagi
memastikan proses muat naik Data Migrasi Batch 2 Tahun 2026 ke dalam Sistem iGFMAS
dapat dilaksanakan di Ibu Pejabat dengan lancar.
4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PERAKAUNAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



