JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Semua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis
YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu
mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap
bulan.
ARAHAN PEMBAYARAN
I. PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat Perakuan 1 DAN
Perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00
tengah hari pada 30 SEPTEMBER 2026 (RABU). Proses
Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa
pada 01 OKTOBER 2026 (KHAMIS). Mohon kerjasama semua
PTJ untuk merancang penyediaan Baucar Bayaran agar proses
penutupan akaun bulan SEPTEMBER dapat berjalan dengan
lancar.
II. JANM Perlis ingin menyarankan bagi PTJ yang perlu
mencapai bil bayaran sempurna dalam tempoh 7 hari
kalendar, untuk tidak menyediakan baucar bayaran pada
hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Ini adalah bagi
memastikan Pejabat Perakaunan dan PTJ dapat mematuhi
KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian PTJ. Mohon
PTJ yang terlibat untuk merancang penyediaan baucar
bayaran dengan sebaiknya agar tidak menjadi masalah di
peringkat PTJ dan JANM Perlis.
HASIL/TERIMAAN
I. Semua resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata
Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH)
hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu
bekerja pada 30 SEPTEMBER 2026 (RABU) sahaja (hari
terakhir bekerja setiap bulan).
II. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah
memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan
yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh
satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan
SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses
SEPTEMBER 2026.
III. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayaran melalui
“Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK
DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))
PANJAR WANG RUNCIT (PWR) DAN AP96(a)
I. Tarikh akhir penyediaan Rekupmen Panjar dan AP96(a).
(Arahan Pembayaran sehingga selesai Peraku 2) adalah pada
24 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS). Semua PTJ perlu
memastikan supaya rekupmen PWR dan AP96(a)
ditunaikan dalam tempoh 3 hari selepas pemakluman
daripada JANM PERLIS.
II. PENERIMAAN REKUPMEN (IGFMAS) perlu dilakukan
sebelum pukul 4.00 PETANG pada 25 SEPTEMBER 2026
(JUMAAT)
PTJ yang GAGAL mematuhi arahan di atas perlu mengemukakan
SURAT TUNJUK SEBAB kepada pihak JANM Perlis dan Salinan
diemelkan ke bayaran
OKTOBER 2026
Perhatian dan komitmen YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi
arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan
akaun bulanan berjalan lancar.
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS



