JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
AKTIVITI TERKINI
KURSUS GENERIK KEWANGAN ZON UTARA JANM NEGERI PERLIS:
iGFMAS: MODUL AR (ACCOUNT RECEIVABLE)
TARIKH : 17-19 OGOS 2026
TEMPAT : BILIK LATIHAN JANM PERLIS
Kursus Modul AR (Account Receivable) bagi Tahun 2026 yang telah diadakan pada 17- 19 Ogos 2026 di Bilik Latihan JANM Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 20 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Shuhaili Binti Razak dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis dan Puan Sharazila Binti Seman dari JANM Perlis.
1. Objektif
i. Memberi pendedahan kepada fungsi-fungsi 1GFMAS berkaitan Perakaunan Terimaan.
ii. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman penggunaan Modul Terimaan di Sistem 1GFMAS.
2. Kandungan Kursus
i. Modul AR data Induk
ii. Punca Kuasa
iii. Carta Akaun Akruan dan Penggunaan Kod
iv. Pengenalan kepada Invois, Nota Debit/Kredit
v. Penerimaan Mel dan Kaunter
vi. Proses Penyediaan Resit dan Penyata Pemungut
vii. Pelarasan (Baucar Jurnal) dan Fungsi Khas
viii. Laporan dan Penyesuaian
ix. Isu & Penyelesaian – Services Desk
x. Penemuan Audit & Naziran




Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



