rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Coat of arms of Malaysia - Wikipedia
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KETIDAKPATUHAN PENGENDALIAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK (REFUND) BAGI KES ‘’NO SHOW PASSENGER’’’OLEH PEGAWAI,PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI,PTJ DAN SYARIKAT PENERBANGAN

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada Surat Edaran BPOPPBilangan 12 Tahun 2026 bertarikh 7 Ogos 2026 mengenai perkara di atas.
 
2. Seperti yang sedia maklum,BPOPP telah mengeluarkan Surat Surat Edaran BPOPP Bilangan 10 Tahun 2022-Terma Pembatalan dan Refund Waran Perjalanan Udara (WPUA) oleh AGENSI Penerbangan bertarikh 23 November 2022 dan Surat Edaran BPOPP Bilangan 10 Tahun 2023- Ketidakpatuhan Pengendalian Tuntutan Bayaran Balik Refund Bagi Kes ‘’No Show Passenger ‘’ Oleh Pegawai,Pusat Tanggungjawab (PTJ) Dan Tanggungjawab Pegawai,PTJ dan Syarikat Penerbangan bertarikh 28 November 2023.Surat edaran in dikeluarkan bagi memperkemaskan kedua- dua surat edaran di atas bagi memudahkan rujukan dan juga terma terkini bagi pembatalan dan refund waran Perjalanan Udara(WPUA) oleh Agensi Penerbangan.

3.    Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan Surat Edaran BPOPP Bilangan 12 Tahun 2026 serta beberapa lampiran untuk rujukan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya.

Lampiran :

i) Lampiran 1 - Borang No Show Passengers
ii) Lampiran 2 - Daftar No Show Passenger
iii) Lampiran 3 - Surat Permohonan Tuntutan Balik (refund) WPUA
iv) Lampiran 4 - Carta Alir No Show Passenger
v) Lampiran 5 - Terma Refund No Show Passenger oleh Agensi Penerbangan
vi) Lampiran 6 - Surat Prosedur Berkaitan WPUA Tahun 2026 Air Asia
vii) SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 12 TAHUN 2026 - KETIDAKPATUHAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK NO SHOW PASSENGER

Sekian, terima kasih.


UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS