JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Makluman Penutupan Akaun Bulanan Bagi Bulan Ogos 2026
Dimaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis hendaklah mematuhi arahan penutupan akaun bulanan bagi Bulan Ogos 2026. Kerjasama semua PTJ amat penting bagi memastikan proses penutupan akaun dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
1. Arahan Pembayaran
- PTJ tidak dibenarkan membuat Perakuan 1 dan Perakuan 2 selepas jam 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2026 (Jumaat).
- Semua PTJ disarankan merancang penyediaan baucar bayaran lebih awal, khususnya bagi bayaran yang perlu diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar. Penyediaan baucar pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad atau cuti umum adalah tidak digalakkan bagi memastikan proses kelulusan dan pembayaran dapat diselesaikan mengikut KPI yang ditetapkan.
2. Hasil/Terimaan
- Semua resit yang dikeluarkan hendaklah dipungut dan direkodkan dengan segera. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2026 (Jumaat), kecuali bagi terimaan pada hari terakhir bekerja bulan tersebut.
- Bagi terimaan melalui e-Pembayaran atau transaksi dalam talian, PTJ hendaklah memastikan kutipan dipindahkan ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja (T+1) selepas tarikh transaksi.
- Penggunaan kaedah pembayaran melalui Cash/Cheque Deposit Machine dan ATM MEPS adalah tidak dibenarkan.
3. Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a)
- Rekupmen Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a) hendaklah disediakan dan dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 Ogos 2026 (Isnin).
- Penerimaan rekupmen dalam sistem iGFMAS hendaklah diselesaikan sebelum jam 4.00 petang pada 25 Ogos 2026 (Selasa).
4. Tindakan Sekiranya Gagal Mematuhi Arahan
PTJ yang gagal mematuhi arahan penutupan akaun hendaklah mengemukakan Surat Tunjuk Sebab kepada JANM Negeri Perlis serta mengemukakan salinan melalui e-mel
Semua PTJ adalah dimohon untuk mengambil tindakan sewajarnya serta mematuhi setiap arahan dan tarikh yang telah ditetapkan bagi memastikan proses penutupan akaun Bulan Ogos 2026 dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mengikut jadual.
Unit Pengurusan Dana dan Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis



