rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Coat of arms of Malaysia - WikipediaJABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN

AKTIVITI TERKINI

KURSUS GENERIK KEWANGAN ZON UTARA JANM NEGERI PERLIS: KURSUS iGFMAS MM (MATERIAL MANAGEMENT)
DAN AP (ACCOUNT PAYABLE)
TARIKH : 27 – 29 JULAI 2026
TEMPAT : BILIK LATIHAN JANM PERLIS

Kursus Modul iGfmas MM (Material Management) dan AP (Account Payable) bagi Tahun2026 yang telah diadakan pada 27-29 Julai 2026 di Bilik Latihan JANM Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 20 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Suryani Binti Taibe dari Jabatan Maritim Negeri Perlis dan Puan Nornabilah Binti Azizon dari JANM Perlis.

1. Objektif
i. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai fungsi-fungsi serta penggunaan Modul Perolehan dan Pembayaran di Sistem iGFMAS.
ii. Melengkapkan para pegawai yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan dengan kemahiran merekod, memproses, memperakaun dan melaporkan semua urusniaga berkaitan Perolehan dan Pembayaran.
iii. Membentuk pegawai yang kompeten dengan nilai-nilai kerja yang berintegriti, patuh kepada peraturan serta mampu memproses kerja dengan cepat, cekap dan berkesan.

2. Kandungan Kursus
i. Pengenalan Tatacara Pengurusan Bayaran
ii. Carta Akaun Akruan dan Penggunaan Kod / Penyelenggaraan Data Induk
iii. Pengurusan Arahan Bayaran Dengan Pesanan Kerajaan ( Bekalan dan Perkhidmatan/ Inden Kerja /WPUA)
iv. Pengurusan Arahan Bayaran Dengan Pesanan Kerajaan ( Kontrak - Bekalan dan Perkhidmatan/ Inden Kerja)
v. Pengurusan Arahan Bayaran Tanpa Pesanan Kerajaan
vi. Laporan dan Penyesuaian
vii. Penemuan Audit dan Naziran
viii. Isu dan Penyelesaian - Service Desk

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS