JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
MAKLUMAN PENAMBAHAN KOD POTONGAN BAGI PEMBIAYAAN PERUMAHAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa JANM telah meluluskan permohonan penambahan kod potongan gaji baharu dan pengemaskinian perihal kod potongan sedia ada bagi pembiayaan perumahan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebagaimana berikut:
2.1 Kod potongan baharu bagi pembatalan pembiayaan:
| Bil | Kod Potongan | Nama Potongan |
| 1 | 4143 | Pembiayaan Prmhn 1 Batal |
| 2 | 4144 | Pembiayaan Prmhn 2 Batal |
2.2 Pengemaskinian perihal kod potongan sedia ada:
| Bil | Kod Potongan | Nama Potongan |
| 1 | 4140 | Pembiayaan Prmhn 1 Tmbhn |
| 2 | 4141 | Pembiayaan Perumahan 1 |
| 3 | 4142 | Pembiayaan Perumahan 2 |
| 4 | 4146 | Pembiayaan Prmhn 2 Tmbhn |
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



