rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Coat of arms of Malaysia - WikipediaJABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KURSUS GENERIK KEWANGAN ZON UTARA JANM NEGERI PERLIS: KURSUS PENGURUSAN PERAKAUNAN PANJAR (TRM)

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN

AKTIVITI TERKINI

KURSUS GENERIK KEWANGAN ZON UTARA JANM NEGERI PERLIS:
KURSUS PENGURUSAN PERAKAUNAN PANJAR (TRM)
TARIKH : 11 – 13 MEI 2026
TEMPAT : DEWAN GUNASAMA KOMPLEKS SRI PUTRA

Kursus Pengurusan Perakaunan Panjar (TRM) bagi Tahun 2026 yang telah diadakan pada 11 – 13 Mei 2026 di Dewan Gunasama Kompleks Sri Putra mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30 petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 50 orang peserta yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Puan Roshanizah Binti Ramli dari Jabatan
Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah.
1. Objektif
i) Memberi pengetahuan dan kefahaman dalam tatacara Pengurusan terimaan dan
bayaran melalui akaun panjar
ii) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pengurusan panjar dilakukan dengan
tepat dan betul dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Kandungan Kursus
i) Pengenalan Kepada Perakaunan Panjar
ii) Jenis-Jenis Panjar (SPANM 2/2021)
iii) Pemohonan Pengwujudan Tambahan, Kurangan, penutupan Panjar dan Akaun
Bank
iv) Tatacara Pengurusan Bayaran Melalui Panjar dan Rekupmen
v) Rekupmen Panjar dan Penyelenggaraan Baucer Kecil Panjar
vi) Pengenalan Kepada 1GFMAS Modul AP
vii) Akaun Penyelesaian Panjar, Penutupan Bulanan dan Tahun Panjar, isu dan
dapatan Panjar.

UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN 
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS