JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
KURSUS GENERIK KEWANGAN ZON UTARA JANM NEGERI PERLIS: KURSUS PENGURUSAN ELAUN DAN KEMUDAHAN SEKTOR AWAM
UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
AKTIVITI TERKINI
KURSUS GENERIK KEWANGAN ZON UTARA JANM NEGERI PERLIS:
KURSUS PENGURUSAN ELAUN DAN KEMUDAHAN SEKTOR AWAM
TARIKH : 21 – 23 APRIL 2026
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA JANM PERLIS
Kursus Pengurusan Elaun dan Kemudahan Sektor Awam bagi Tahun 2026 yang telah diadakan
pada 21-23 April 2026 di Dewan Serbaguna JANM Negeri Perlis mulai jam 8.30 pagi hingga 04.30
petang. Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan penyertaan adalah seramai 30 orang peserta
yang mewakili PTJ dari Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penceramah yang
bertanggungjawab memberikan ceramah adalah Encik Romzi Bin Ishak,Penolong Akauntan W7
dari Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.
1. Objektif
i) Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai jenis-jenis elaun dan
kemudahan penjawat awam dalam kerajaan.
ii) Dapat mengaplikasikan tatacara pengurusan elaun dan kemudahan penjawat awam
Kerajaan dalam melaksanakan tugasan pengurusan kewangan di pejabat masing-
masing.
2. Kandungan Kursus
i) Pengenalan Kepada Jenis-Jenis Elaun & Penerangan Kepada Elaun, Kemudahan dan
Bayaran Semasa Menjalankan Tugas Rasmi (Dalam Negeri).
ii) Penerangan Kepada Elaun,. Kemudahan dan Bayaran Semasa Menjalankan Tugas
Rasmi (Dalam Negeri)
iii) Penerangan Kepada Elaun, Kemudahan dan Bayaran Semasa Menjalankan Tugas
Rasmi (Luar Negara).
iv) Penerangan Kepada Elaun Pertukaran dan Perpindahan.
v) Penerangan Kepada Lain-Lain Elaun, Kemudahan dan Bayaran –Bayaran Lain
vi) Penerangan Kepada Elaun Lebih Masa.
vii) Tatacara dan Perakaunan Pinjaman Komputer/Telefon Pintar dan Kenderaan
viii.Tatacara Perakaunan Pendahuluan Diri dan Pendahuluan Pelbagai



UNIT PENGURUSAN KHIDMAT PELANGGAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



