JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN KERAJAAN DAN PELAKSANAAN ROBOT PROCESS AUTOMATION (RPA) BPOPP05
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis telah melaksanakan Robot Process Automation (RPA) bagi penyediaan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan dan Pelarasan.
Pelaksanaan automasi ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyediaan laporan, mengurangkan kesilapan manual serta meningkatkan kecekapan pengurusan data aset kerajaan.
Perkara yang perlu diberi perhatian oleh PTJ
- PTJ hendaklah memastikan maklumat aset adalah lengkap, tepat dan dikemas kini dalam sistem sebelum proses RPA dijalankan.
- Sebarang kesilapan atau ketidakpadanan data boleh menyebabkan laporan yang dijana tidak tepat.
- PTJ perlu mengambil tindakan segera terhadap sebarang teguran atau ralat yang dikenal pasti bagi memastikan laporan dapat diproses dengan sempurna.
- Kerjasama semua PTJ amat penting bagi memastikan pelaksanaan RPA berjalan lancar dan objektif pendigitalan proses kerja dapat dicapai.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan berkaitan pelaksanaan RPA ini boleh diajukan kepada Unit Perakaunan Aset, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis melalui pegawai yang berkenaan
UNIT PERAKAUNAN ASET
JANM PERLIS



