
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Makluman Penutupan Akaun Bulanan Julai 2026
Dimaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan JANM Negeri Perlis hendaklah mengambil perhatian dan mematuhi arahan penutupan akaun bulanan seperti berikut:
1. Arahan Pembayaran
- Semua Arahan Pembayaran (AP) dan Baucar Bayaran hendaklah diperakukan serta dihantar sebelum jam 12.00 tengah hari pada 29 Julai 2026 (Rabu).
- PTJ digalakkan membuat pembayaran melalui e-Pembayaran/Online bagi memastikan urusan pembayaran dapat diproses dengan lancar.
- Bagi pembayaran melalui cek, PTJ hendaklah memastikan cek dicetak dan diserahkan kepada penerima selewat-lewatnya 31 Julai 2026 (Jumaat).
2. Penyata Penyesuaian Hasil/Terimaan
- Semua penyata yang diperlukan hendaklah disediakan dan dikemas kini.
- Sebarang pembetulan atau kemas kini berkaitan hasil hendaklah diselesaikan sebelum 31 Julai 2026 (Jumaat).
3. Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a)
- Tarikh akhir penghantaran dokumen berkaitan Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a) ialah 23 Julai 2026 (Khamis).
- PTJ diminta memastikan semua rekupan PWR lengkap dan diterima oleh JANM Perlis sebelum tarikh tersebut.
4. Rekupan Perbelanjaan (IGFMAS)
- Semua rekupan perbelanjaan melalui sistem IGFMAS hendaklah diselesaikan dan dihantar sebelum 24 Julai 2026 (Jumaat).
5. Tindakan PTJ
- PTJ yang gagal mematuhi jadual penutupan akaun perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada pihak JANM Perlis.
- Kerjasama semua PTJ amat dihargai bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan dapat diselesaikan dengan lancar dan mengikut jadual.
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS



