JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
AKTIVITI MIGRASI DATA BAKI AWAL BATCH 1 TAHUN 2026
Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak YBrs. Dr./tuan/puan, Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan
(PPPA) di bawah Unit Amalan Perakaunan (UAP) akan menjalankan Aktiviti Migrasi Data
Baki Awal Batch 1 Tahun 2026 pada 15 sehingga 26 Jun 2026 iaitu berkaitan
aktiviti migrasi tersebut sepertimana berikut:
| Tarikh | Hari | Masa |
| 15-26 Jun 2026 | Isnin - Jumaat | 8.00 pm -11.59 am |
3. Sehubungan dengan itu, sebarang aktiviti melibatkan transaksi aset digantung
(suspended) buat sementara waktu dan pihak Ybrs. Dr./tuan/puan perlu memastikan tiada
aktiviti melibatkan transaksi aset berlaku sepanjang tempoh dinyatakan di atas. Ini bagi
memastikan proses Data Migrasi Batch 1 Tahun 2026 ke dalam Sistem iGFMAS dapat
dilaksanakan di Ibu Pejabat dengan lancar.
4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berkaitan perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT PERAKAUNAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



