![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
MAKLUMAN PENUTUPAN AKAUN BULAN JUN 2026
Dimaklumkan bahawa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis hendaklah mengambil perhatian dan mematuhi arahan penutupan akaun bagi Bulan Jun 2026 bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
Pembayaran
- Semua urusan berkaitan penyediaan dan pemprosesan baucar bayaran hendaklah dirancang lebih awal.
- PTJ tidak dibenarkan membuat Perakuan 2 selepas jam 12.00 tengah hari pada 30 Jun 2026 (Selasa).
Hasil/Terimaan
- Semua resit yang dikeluarkan hendaklah direkod dan diproses dengan segera.
- Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2026 (Selasa).
- Bagi terimaan melalui e-Pembayaran atau transaksi dalam talian, PTJ hendaklah memastikan kutipan dipindahkan ke Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas tarikh transaksi (T+1).
- Penggunaan kaedah bayaran melalui Cash/Cheque Deposit Machine dan ATM MEPS adalah tidak dibenarkan.
Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a)
- Rekupmen Panjar Wang Runcit (PWR) dan AP96(a) hendaklah disediakan dan dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 Jun 2026 (Rabu).
- Penerimaan rekupmen dalam sistem iGFMAS hendaklah diselesaikan sebelum jam 4.00 petang pada 25 Jun 2026 (Khamis).
Tindakan Ketidakpatuhan
PTJ yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan dikehendaki mengemukakan Surat Tunjuk Sebab kepada JANM Negeri Perlis berserta salinan kepada alamat e-mel
Kerjasama dan komitmen semua PTJ dalam mematuhi arahan ini amat dihargai bagi memastikan proses penutupan akaun Bulan Jun 2026 dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Unit Pengurusan Dana dan Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis



