rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KELULUSAN PENGECUALIAN ARAHAN PERBENDAHARAAN AP(105) BAGI TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN BULAN MAC DAN APRIL TAHUN 2026

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Kementerian Kewangan rujukan MOF.BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.8 (20) bertarikh 5 Mac 2026 dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2025 - Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026 berkaitan perkara di atas.  
2.    Dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia telah meluluskan permohonan pengecualian Arahan Perbendaharaan (AP) 105 bagi tarikh pembayaran emolumen bulan Mac dan April  tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

emolimen.png

3.    Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBhg. Datin/Tuan/Puan dimohon untuk mengambil tindakan selanjutnya dan memastikan pembayaran emolumen bulan Mac dan April tahun 2026 berjalan dengan lancar. Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

Lampiran : Surat Edaran Kelulusan Pengecualian Arahan Perbendaharaan AP 105 bagi tarikh pembayaran emolumen bulan Mac dan April Tahun 2026