rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

 

Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
JANM Negeri Perlis

Tuan/Puan,

PERINGATAN PENGHANTARAN LAPORAN PENGESAHAN JUMLAH PEMBAYARAN PUKAL

Dengan segala hormatnya saya merujuk Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2023 Tatacara Pengurusan Bayaran mengenai perkara di atas.

2. Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 (SPANM Bil. 5/2023) - Tatacara Pengurusan Bayaran, adalah menjadi tanggungjawab setiap PTJ yang melaksanakan pengurusan bayaran pukal bagi memastikan transaksi bayaran pukal diperakaunkan dengan tepat dan betul. Oleh itu, setiap PTJ hendaklah mengemukakan Laporan Pengesahan Pembayaran Pukal setiap bulan kepada Unit Akaun, JANM Perlis dalam tempoh 14 hari dari hari pertama bekerja pada bulan berikutnya. Dimaklumkan bahawa PTJ tuan/puan gagal untuk menghantar Laporan Pengesahan Pembayaran Pukal dengan sempurna bagi bulan Februari 2026.

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki untuk menghantar Laporan Pengesahan Pembayaran Pukal dalam tempoh 7 hari daripada tarikh surat ini dikeluarkan.

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN :

SURAT PERINGATAN PENGGANTIAN PENGHANTARAN LAPORAN PENGESAHAN JUMLAH PEMBAYARAN PUKAL

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS