![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL ROBOTIC PROCESS AUTOMATION (RPA) BPOPP05
BERSAMA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) JABATAN AKAUNTAN NEGERA MALAYSIA NEGERI PERLIS
Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bengkel Robotic Process Automation (RPA) BPOPP05 - Automasi Penyesuaian Baki Aset iGFMAS dan SPA bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) Jabatan Akauntan
Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis akan diadakan mengikut giliran seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 31 Mac – 02 April 2026 (Rujuk Lampiran A)
Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang
Tempat : Bilik Latihan, Tingkat 4 JANM Perlis
3. Sehubungan dengan itu, dijemput seorang pegawai yang menyediakan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan dari PTJ Tuan/ Puan untuk menghadiri program tersebut seperti perincian
yang telah ditetapkan. Bagi melancarkan sesi bengkel tersebut, Tuan/ Puan dikehendaki menjana Laporan Data Induk (LDI) dan Laporan Baki Aset (LBA) berakhir 28 Februari 2026 melalui sistem iGFMAS berserta Laporan Harta Modal dari Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) dan dibawa bersama ketika bengkel berlangsung. Sila sahkan kehadiran sebelum atau pada 27 Mac 2026 (Jumaat) melalui pautan berikut https://docs.google.com/spreadsheets/d/1xTxNib-eQqWORhK4buLRETRuZRMHFdCXu7LumAmI98k/edit?gid=0#gid=0
4. Kerjasama dan perhatian tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai.
Lampiran :
Sekian, terima kasih.
UNIT PERAKAUNAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



