rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

KELULUSAN KHAS BAYARAN AP58(a) BAGI PERBELANJAAN MENGURUS TAHUN 2025

 Dengan hormat saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Susulan penetapan tarikh akhir bayaran Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 pada 15 Disember 2025 rujukan MOF .NBO(R)600-8/2/35 JLD.2 (71) bertarikh 25 November 2025, adalah dimaklumkan bahawa semua pembayaran yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut akan dibayar di bawah kelulusan AP58(a).

3. Berdasarkan peraturan kewangan semasa, Kementerian/Jabatan/Agensi hanya dibenarkan memproses bayaran AP58(a) selepas Akaun Kerajaan Persekutuan tahun berkenaan dimuktamadkan. Sehubungan dengan ini, bagi memudahcara proses bayaran AP58(a) Tahun 2025, Kementerian Kewangan bersetuju:
     (i) membenarkan kementerian membuat bayaran bagi bayaran gaji Mystep, elaun lebih masa, dan tuntutan perjalanan bulan Disember 2025 menggunakan kelulusan di bawah APS58(a) tanpa perlu menunggu                 Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2025 dimuktamadkan; dan
    (ii) semua pembayaran AP58(a) selain daripada item perbelanjaan di bawah perenggan 3(i), Kementerian boleh menggunakan maklumat baki akhir dalam vot seliaan masing-masing untuk mendapatkan kelulusan            AP58(a) tertakluk kepada tatacara kewangan semasa hendaklah diselesaikan sebelum atau pada 30 April 2026.

4. Justeru, Kementerian Kewangan berharap dengan kelulusan khas ini Kementerian/Jabatan/Agensi dapat menyelesaikan pembayaran dengan kadar segera dan memastikan pembayaran yang dibuat teratur serta mematuhi tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa.

Muat turun surat dari Kementerian Kewangan

Surat AP58(a) Tahun 2025

Sekian, terima kasih.

UNIT DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS