![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB DI BAWAH SELIAAN JANM PERLIS
Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PENGHANTARAN PENYATA DAN RESIT BAGI PERMOHONAN AP 96(a)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Selaras dengan SPANM Bil. 5/2023, Lampiran D: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran di Bawah AP 96(a-c) – Mengeluarkan Wang Awam untuk Diagihkan, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mengemukakan dokumen berikut dalam tempoh 21 hari daripada tarikh EFT/cek diterima:
i) Penyata Penerima Wang Bayaran di Bawah AP 96(a) (Lampiran D3);
ii) Resit Rasmi; dan Penyata Pemungut, sekiranya terdapat lebihan wang.
3. Sebarang kegagalan untuk menghantar dokumen dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil oleh JANM Perlis selaras dengan SPANM Bil. 05 Tahun 2023, para 5.3(2), iaitu:
(a) mengeluarkan surat peringatan kepada PTJ; dan/atau
(b) tidak meluluskan permohonan baharu AP 96(a); dan/atau
(c) melaksanakan naziran khas ke atas PTJ.
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
SURAT_PEMAKLUMAN_PENGHANTARAN_AP96
UNIT DANA
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



