![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis
TARIKH KUNCI MASUK UNTUK PERUBAHAN GAJI BULAN JANUARI 2026
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Tarikh Tarikh Akhir Simulasi Gaji bagi bulan Januari 2026 ialah pada 02 Januari 2026 manakala tarikh Pembayaran Gaji bagi bulan Januari 2026 adalah pada 22 Januari 2026 (Khamis).
3. Dimaklumkan bahawa selaras dengan pelaksanaan pembayaran pelarasan gaji SSPA Fasa melalui sistem iGFMAS Modul HCM, JANM akan melaksanakan penarikan akses kod transaksi di peringkat Pejabat Perakaunan (AO) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) seperti berikut:

4. Sehubungan itu, semua pengguna sistem iGFMAS Modul HCM (SAPGUI) di AO dan PTJ tidak akan dapat mengakses kod transaksi tersebut sepanjang tempoh di atas. Ini bagi memastikan proses pelarasan gaji SSPA Fasa 2 yang akan dibayar pada bulan Januari 2026 berjalan lancar dan tiada pertindihan pengemaskinian maklumat melalui kaedah biasa dan hanya dibenarkan melalui templat SSPA Fasa 2.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



