![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Pemakluman Pelaksanaan Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan
(Jadual Pelupusan 2023)
Adalah dimaklumkan bahawa semua Pusat TangungJawab(PTJ) di bawah seliaan JANM Perlis diwajibkan untuk melaksanakan proses pelupusan dokumen kewangan dan perakaunan mengikut ketetapan terkini berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023 yang telah dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
PTJ diminta mengambil tindakan mengikut prosedur berikut:
1. Rujuk Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan 2023.
2. Kenal pasti rekod yang telah mencapai tempoh simpanan wajib.
3. Sediakan Borang 4/08 (Permohonan Pelupusan Rekod Kewangan).
4. Ikuti Carta Alir Pelupusan Rekod – Arkib Negara untuk memastikan permohonan lengkap.
5. Hantar permohonan pelupusan kepada JANM Perlis untuk semakan dan kebenaran.
6. Laksanakan pemusnahan rekod mengikut kelulusan dan sediakan laporan pemusnahan Borang 13/08).
Pautan Rujukan Rasmi:
Jadual Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan 2023 – Arkib Negara:
https://www.arkib.gov.my/images/akta-pekeliling-garis-panduan/konvensional/Jadual%20Pelupusan%20Rekod%20Kewangan%20dan%20Perakaunan%202023.pdf
Carta Alir Pelupusan Rekod – Arkib Negara:
https://www.arkib.gov.my/ms/perkhidmatan/pengurusan-rekod/pelupusan-rekod-awam
Kerjasama semua PTJ amat dihargai bagi memastikan pengurusan rekod kewangan dan perakaunan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
UNIT NAZIRAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



