![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
PENUTUPAN AKHIR TAHUN (PAT) KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2025 KEPADA SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN JANM NEGERI PERLIS
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan, berdasar kepada SPANM BIL.6 TAHUN 2025, tarikh penutupan akaun akan dilaksanakan pada *15 Disember 2025(Isnin).
3. Sebagai persediaan dan kelancaran Penutupan Akhir Tahun Akaun Kerajaan Persekutuan 2025, dipanjangkan slide tatacara penutupan akaun tahun 2025 untuk rujukan dan panduan tuan/puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan boleh diisi didalam pautan link berikut:
4. Perhatian, komitmen padu, kerjasama yang mantap dan doa yang berterusan dalam memastikan kelancaran Penutupan Akaun Tahun 2025 dari semua pihak berhubung perkara ini amat dihargai.
UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Dokumen:
1. TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN TAHUN 2025 JANM PERLIS
2. SPANM TARIKH AKHIR PROSES DOKUMEN KEWANGAN BAGI TAHUN KEWANGAN BIL 6 2025



