rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

Dimaklumkan bahawa berikutan banjir yang melanda di Negeri Perlis, laluan akses ke Bangunan Persekutuan Kangar telah terhalang. Sehubungan itu, Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis di Aras 3 akan ditutup sementara.

Sepanjang tempoh penutupan ini, semua kakitangan akan bekerja dari rumah (BDR). Pengoperasian seperti baucer / payment / terimaan akan disemak dan diproses mengikut peraturan sedia ada .

Pelanggan yang perlu berurusan dengan JANM Negeri Perlis boleh menghubungi pegawai melalui email atau kumpulan WhatsApp/Telegram rasmi unit masing-masing.

Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami dan menghargai kerjasama serta kefahaman semua pihak.

PENUTUPAN INI AKAN BERMULA PADA 26 NOVEMBER (RABU) SEHINGGA DIMAKLUMKAN KEMUDIAN