rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

Cara-cara mengisi borang UMA-7 dan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi Tuntutan Wang Tak Dituntut jenis BANK DERAF

1.     Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
2.     Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3.     Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam          akaun)
        Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
4.     Sekurang-kurangnya dua (2) daripada tiga (3) dokumen berikut:
                              i.         Banker's cheque/bank draft/cashier's order yang ASAL;
                             ii.         Borang pembelian ASAL banker's cheque/bank draft/cashier's order yang mempunyai cetakan bank yang jelas bagi maklumat transaksi tersebut;
                            iii.         Surat Pengesahan ASAL daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar lengkap mengikut format yang ditetapkan.
 
Nota: 
·       Sekiranya bank draft atau bankers cheque atas nama Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri atau Ketua Pengarah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam atau mana-mana jabatan/agensi Kerajaan (jika berkenaan) yang asal tidak dapat dikemukakan, pemohon perlu mendapatkan surat pelepasan daripada Ibu Pejabat Jabatan/Agensi tersebut
·       Sekiranya gagal mengemukakan dokumen (i) dan (ii) Surat Pelepasan daripada pembeli/penerima Bankers Cheque/Bank Draft/Cashiers Order hendaklah dikemukakan; dan
·       Borang AM 80 dan borang Bon Tanggungrugi UMA-8 yang lengkap diisi dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah serta dimatikan Setem Hasil RM10.00 di LHDN bagi setiap butiran WTD. Tempoh setem hasil hendaklah tidak melebihi 30 hari dari tarikh tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah, pemohon dan saksi.
 
Nota: Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar dalam tempoh 07 hari berkerja daripada tarikh permohonan online dikemukakan

Contoh Mengisi Borang UMA-7 (Pin.1 2015) - Borang Permohonan Bayaran Balik WTD (1)

Lampiran E_Contoh-surat-pengesahan-bank-draf-bankers-cheque 2020

Lampiran F_Contoh-surat-pengesahan-bank-draf-bankers-cheque 2020 (perbezaan data)

UNIT WTD
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS