![]()
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2025
TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2026.
Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Perlis
TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2026
1. TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian/Jabatan berkaitan:
1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2026; dan
1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
2. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2026 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.7 (48) bertarikh 14 Oktober 2025 - Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS



