rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis

YBhg. Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan

MAKLUMAN MENGENAI KESEDIAAN BIL UNIFI FIBER TM DAN SAP TM UNTUK DIBAYAR MELALUI SISTEM BAYARAN PUKAL

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, pihak TM kini bersedia untuk menerima bayaran bagi bil Unifi Fiber dan bil SAP perkhidmatan telekomunikasi yang menggunakan produk TM Managed Voice termasuk sewaan peralatan telekomunikasi TM bagi perkhidmatan tersebut melalui kemudahan bayaran pukal.
Sehubungan itu, mohon kerjasama Pusat Tanggungjawab untuk mengambil tindakan sewajarnya mewujudkan akaun pukal bagi Bil Unifi Fiber dan bil SAP tersebut agar proses pembayaran melalui Kemudahan Bayaran Pukal berjalan dengan lancar.

Muat turun: Surat Pemakluman Rasmi

Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
JANM Negeri Perlis