JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
AKTIVITI PROGRAM JOM XBREAK KEMERDEKAAN JANM PERLIS
Aktiviti Program Jom XBreak Kemerdekaan JANM Perlis” telah diadakan pada 21 OGOS 2025 (KHAMIS). Aktiviti ini dijalankan di ruang legar pejabat JANM Perlis. Aktiviti ini dikendalikan oleh Jawatankuasa EKSA PROMOSI JANM PERLIS. Selain itu, Aktiviti ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan JANM Perlis.
Sempena Hari Kemerdekaan yang Ke-68 Jawatankuasa EKSA Promosi mengadakan satu program senaman Jom XBreak JANM Perlis semasa Hari Sukan Dalaman JANM Perlis anjuran KESAN JANM Perlis yang berlangsung pada 21 Ogos 2025 dan 22 Ogos 2025.
Objektif :
Program ini bertujuan untuk menguatkan jantung dan paru-paru, mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi, meningkatkan Kesihatan mental dengan mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood, membantu mengawal berat badan, meningkatkan kualiti tidur dan daya tahan badan secara keseluruhan.