JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2025
Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran Sempena Sambutan Hari Malaysia tahun 2025
BAYARAN (ARAHAN PEMBAYARAN DENGAN PESANAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PESANAN KERAJAAN)
I. PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran (Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan dan Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan) SELEPAS jam 12.00 Tengahari pada 12 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 17 SEPTEMBER 2025 (RABU).
II.JANM Perlis ingin menyarankan bagi PTJ yang perlu mencapai bil bayaran sempurna dalam tempoh 7 hari kalendar, untuk tidak menyediakan baucar bayaran pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Ini adalah bagi memastikan Pejabat Perakaunan dan PTJ dapat mematuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian PTJ. Mohon PTJ yang terlibat untuk merancang penyediaan baucar bayaran dengan sebaiknya agar tidak menjadi masalah di peringkat PTJ dan JANM Perlis.
TERIMAAN
I. Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA dan DIBANKKAN sebelum jam 4.00 PETANG pada 12 SEPTEMBER 2025.
II. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.
III. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d)
Sekian,terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS