rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

 

PERUBAHAN KOD PEMBEKAL BAGI BAYARAN MYSTEP 2025

Semua Pusat Tanggungjawab
Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara diatas, mohon kerjasama semua PTJ untuk menukar nombor pembekal bagi bayaran MyStep kepada kod pembekal 14xxxxxx.

2. Ini adalah bagi mengelak berlakunya kes keciciran bayaran gaji MyStep semasa proses larian bayaran dilaksanakan dan pertukaran kod pembekal 14xxxxxxx ini juga dapat memudahkan proses kemaskini maklumat pegawai sekiranya terdapat sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

3. Mohon PTJ dapat menukar kod pembekal sebelum 31 Ogos 2025.Bermula bulan September 2025, pihak pegawai penyemak akan “kuiri” baucar bayaran yang gagal membuat perubahan pada kod pembekal sepertimana yang telah dimaklumkan.

Tatacara mendaftar :
1. Isi Borang_Pendaftaran_dan_Penamatan_Vendor_iGFMAS (https://share.google/hw4gVfyAdXXL0gmcN)
2. Permohonan boleh di email atau dihantar secara hardcopy kepada Unit Khidmat Pengurusan Pelanggan (UKPP) berserta salinan ic dan akaun bank. Permohonan perlu disertakan dengan Kepala Surat Jabatan.
3. Proses pendaftaran boleh dibuat dalam Portal iGFMAS : Data Induk Maklumat Pembekal. Sila pastikan 2 kategori berkenaan dipilih dengan tepat (Entity : JPN, Kumpulan penerima : Pans)
4. Sila pastikan email dan no telefon yang terkini digunakan bagi memudahkan pengemaskinian maklumat.

Kerjasama dari semua pihak amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

SEKSYEN OPERASI
JANM PERLIS