rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

PELANTIKAN POS MALAYSIA BERHAD SEBAGAI AGENSI PUKAL BAGI KEMUDAHAN BAYARAN PUKAL JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat JANM.600-15/4/6 (21) bertarikh 24 Jun 2025 adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan, Pos Malaysia Berhad (POS) telah mendapat kelulusan untuk menggunakan Kemudahan Bayaran Pukal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (kod agensi: 2000000041) pada 12 Januari 2024 bagi perkhidmatan penghantaran (kurier) dokumen dan barang- barang domestik dan luar negara secara pos laju kepada Kementerian/Jabatan Persekutuan.

3. Sehubungan dengan itu Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mengambil tindakan seperti berikut:

3.1 Menyelesaikan semua tunggakan bil/invois terlebih dahulu sebelum mewujudkan akaun pukal (hanya akaun yang tidak mempunyai tunggakan sahaja dibenarkan untuk dibayar melalui   Kemudahan Bayaran Pukal); dan

3.2 Mewujudkan Akaun Pukal dengan mengunci masuk borang Kew.310e kepada agensi melalui Portal iGFMAS bermula 1 Julai 2025.
3.3 Mengemaskini status Akaun Pukal POS Malaysia dan maklumat Nombor Akaun Pos yang tidak tersenarai serta baru diwujudkan di pautan berikut selewat- lewatnya pada atau sebelum 23 Julai 2025:

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1iElv4guJCiC5PfZK0eCdzm-JUj8mqyYBdmI1L6HVb5o/edit?gid=1317915934#gid=1317915934

4. Penetapan tarikh permulaan bagi pembayaran melalui kemudahan bayaran pukal adalah pada bulan Ogos 2025 bagi bil bulan Julai 2025.

5. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan WPUA, pihak YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai Unit Akaun, JANM Negeri Perlis di talian 04-9762766. Keprihatinan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT AKAUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
10 JULAI 2025

SURAT EDARAN