rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

PENYEDIAAN BAUCAR BAYARAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA

Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 2025 (1446 HIJRAH)

BAYARAN (ARAHAN PEMBAYARAN DENGAN PESANAN KERAJAAN DAN ARAHAN PEMBAYARAN TANPA PESANAN KERAJAAN)

PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran (Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan dan Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan) SELEPAS jam 12.00 Tengahari pada 06 JUN 2025 (JUMAAT). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 10 JUN 2025 (SELASA).

TERIMAAN

I.     Semua Resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA dan DIBANKKAN sebelum jam 12.00 tengah hari pada 06 JUN 2025.

II.    Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019.

III.   PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayar melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d)

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS