rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

PINDAAN  KOD AKAUN BAYARAN PEMBERIAN INSENTIF BERDASARKAN PRESTASI (BIPs)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan pekeliling BIPs UP5.1.2 (9 Januari 2025) serta pekeliling bayaran BIPs yang lain adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa, terdapat pindaan ke atas kod akaun belanja bagi bayaran Pemberian Insentif Berdasarkan Prestasi (BIPs) berkuatkuasa pada gaji bulan Mei 2025 seperti berikut:

 

Perihal Bayaran

Kod Pendapatan

Kod Akaun (Sebelum)

Kod Akaun (Pindaan)

Pemberian Insentif Berdasarkan Prestasi (BIPs) – Kakitangan Awam

·   1530

·   3530

B0117103

B0115115

Pemberian Insentif Berdasarkan Prestasi (BIPs) – Pasukan Keselamatan

·   1530

·   3530

B0117203

B0115215

 

3.  Oleh itu, Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan perkara berikut:

- Bayaran BIPs ini adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Objek Sebagai (OS) 15000.
- Bayaran BIPs tahun 2025 yang telah dicaj kepada kod akaun B0117103 dan B117203 sebelum ini perlu dilaraskan kepada kod akaun baharu.

4. Perhatian dan tindakan tuan/ puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.