rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN APRIL 2025

Semua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa PTJ di bawah seliaan JANM PERLIS perlu mematuhi proses arahan pembayaran penutupan akaun bulanan setiap bulan.

      1. ARAHAN PEMBAYARAN

  • PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 30 APRIL 2025 (RABU). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 02 MEI 2025 (JUMAAT). Mohon kerjasama semua PTJ untuk merancang penyediaan Baucar Bayaran agar proses penutupan akaun bulan April dapat berjalan dengan lancar.
  • JANM Perlis ingin menyarankan bagi PTJ yang perlu mencapai bil bayaran sempurna dalam tempoh 7 hari kalendar, untuk tidak menyediakan baucar bayaran pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Ini adalah bagi memastikan Pejabat Perakaunan dan PTJ dapat mematuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian PTJ. Mohon PTJ yang terlibat untuk merancang penyediaan baucar bayaran dengan sebaiknya agar tidak menjadi masalah di peringkat PTJ dan JANM Perlis.

      2. HASIL/TERIMAAN

  • Semua resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu bekerja pada 30 APRIL 2025 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).
  • Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan APRIL 2025.
  • PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayaran melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))

      3. PANJAR WANG RUNCIT (PWR)

  • Tarikh akhir penyediaan Rekupmen Panjar (Arahan Pembayaran sehingga selesai Peraku 2) adalah 24 APRIL 2025 (KHAMIS). Semua PTJ perlu memastikan supaya rekupmen PWR ditunaikan dan PENERIMAAN REKUPMEN (1GFMAS) dilakukan sebelum pukul 00 PETANG pada 30 APRIL 2025 (RABU)

PTJ yang GAGAL mematuhi arahan di atas perlu mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB kepada pihak JANM Perlis dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 Mei 2025.

Perhatian dan komitmen YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  

Sekian,terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN

JANM PERLIS