rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

TINDAKAN SEMUA PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) DAN PUSAT PEMBAYAR GAJI SELAKU MAJIKAN UNTUK PENGHANTARAN BORANG E TAHUN 2024 KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

Setiap majikan (PTJ-eCaw) perlu menghantar Borang E kepada LHDN secara e-Filing bermula 1 Mac 2025 sehingga 31 Mac 2025.  Kegagalan PTJ (majikan) mengemukakan Borang E berkenaan boleh dikenakan tindakan penalti oleh LHDNM.

Untuk makluman juga selaras dengan arahan LHDN bagi penghantaran data Praisi/C.P.8D melalui aplikasi MyTax, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membantu muat turun data tersebut dari sistem iGFMAS untuk Pejabat Perakaunan muat naik ke dalam aplikasi MyTax.

Adalah di ingatkan semasa pengisian borang E secara e-Filing sila isi ruangan cara pengemukaan CP8D  pilih “Melalui e-Data Praisi/e-CP8D”.  

Contoh adalah seperti dibawah :


LHDNM.png

Sebarang pertanyaan melibatkan janaan Penyata Pendapatan Tahunan (EC Form) di Sistem iGFMAS sila berhubung dengan Unit Gaji JANM Perlis. Manakala untuk pertanyaan melibatkan Borang E serta kaedah e-Filing sila hubungi Pejabat LHDNM berdekatan.