rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

HEBAHAN :

SURAT EDARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2025

Selaras dengan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia ,JPA.800-3/2/4 (47) bertarikh 27 Januari 2025. Kerajaan telah bersetuju supaya Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak sebanyak RM500.00.

 

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025 (Selasa) iaitu serentak dengan tarikh pembayaran gaji Penjawat Awam Persekutuan bagi bulan Februari 2025.

 

Bersama-sama ini dilampirkan surat edaran dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan soalan lazim BKK 2025 tersebut.