JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semua Ketua Jabatan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2024 : Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025 telah menggariskan peraturan dan tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ) mengenai tatacara pengurusan bayaran emolumen agar dilaksanakan dengan tepat dan betul serta dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
Oleh yang demikian, bagi melancarkan lagi proses pembayaran gaji tahun 2025, Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu mematuhi jadual proses pembayaran gaji mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A.
Sekian, terima kasih.