rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

ARAHAN PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAGI BULAN JANUARI 2025

Semua Pusat Tanggungjawab

Di Bawah Seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perlis

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Bersempena cuti hari Israk Mikraj dan Tahun Baru Cina, proses penutupan akaun bulanan bagi bulan Januari 2025 akan bermula pada 24 Januari 2025 (JUMAAT). Sehubungan dengan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan semua Pejabat Pemungut di bawah selian JANM Perlis hendaklah mengambil perhatian dan tindakan seperti berikut:

  • ARAHAN PEMBAYARAN
  1. PTJ TIDAK DIBENARKAN membuat perakuan 2 bagi Arahan Pembayaran SELEPAS jam 12.00 tengah hari pada 24 JANUARI 2025 (JUMAAT). Proses Perakuan 2 Arahan Pembayaran boleh dibuat semula seperti biasa pada 03 FEBRUARI 2025 (ISNIN). Mohon kerjasama semua PTJ untuk merancang penyediaan Baucar Bayaran agar proses penutupan akaun bulan Januari dapat berjalan dengan lancar.
  2. JANM Perlis ingin menyarankan bagi PTJ yang perlu mencapai bil bayaran sempurna dalam tempoh 7 hari kalendar, untuk tidak menyediakan baucar bayaran pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Ini adalah bagi memastikan Pejabat Perakaunan dan PTJ dapat mematuhi KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian PTJ. Mohon PTJ yang terlibat untuk merancang penyediaan baucar bayaran dengan sebaiknya agar tidak menjadi masalah di peringkat PTJ dan JANM Perlis.
  • HASIL/TERIMAAN
  1. Semua resit yang dikeluarkan hendaklah dibuat Penyata Pemungut dengan SEGERA. Wang Tunai Belum Dibankkan (CIH) hendaklah berbaki sifar kecuali terimaan selepas waktu bekerja pada 31 JANUARI 2025 sahaja (hari terakhir bekerja setiap bulan).
  2. Bagi terimaan secara e-pembayaran/online, PTJ hendaklah memastikan Ejen Pemungut yang dilantik memindahkan terimaan yang dipungut kepada Akaun Terimaan Utama AO dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas hari transaksi (T+1) selaras dengan SPANM 3/2019. Pihak PTJ diminta untuk merancang proses membuat perakuan bagi melancarkan penutupan akaun bulan JANUARI 2025.
  3. PTJ diminta untuk mengingatkan pembayar, bayaran melalui “Cash/Cheque deposit machine & ATM MEPS” adalah TIDAK DIBENARKAN. (rujuk AP80(d))
  • PANJAR WANG RUNCIT (PWR)
  1. Semua PTJ perlu memastikan supaya rekupmen PWR ditunaikan dan PENERIMAAN REKUPMEN (1GFMAS) dilakukan sebelum pukul 4.00 petang pada 23 JANUARI 2025 (KHAMIS).

 PTJ yang GAGAL mematuhi arahan di atas perlu mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB kepada pihak JANM Perlis dan salinan diemelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 7 Februari 2025.

Perhatian dan komitmen YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan bagi memastikan proses penutupan akaun bulanan berjalan lancar.  

Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA DAN AKAUN
JANM PERLIS