rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

jata
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERLIS

TARIKH PENGHANTARAN LAPORAN PERAKAUNAN ASET BUKAN KEWANGAN BAGI SUKUAN KEEMPAT (4) TAHUN 2024

Semua PTJ JANM Negeri Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,

Ruj. kami : ANM.Ps (UPA)0009 Jld.9 (2)

Tarikh : 08 Januari 2025

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2022 (SPANM) berkaitan Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan [JANM.BKP.600-14/1/11 JLD.4(4)] adalah berkaitan.

2. Berdasarkan ketetapan SPANM Bilangan 3 Tahun 2022, penyelenggaraan laporan perakaunan aset bukan kewangan hendaklah disediakan di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ). Penyelenggaraan Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Keempat (4) Tahun 2024 (berakhir 31 Disember 2024) ini perlu disediakan bagi memastikan maklumat aset di PTJ adalah tepat dan wujud secara fizikal supaya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan memberi gambaran benar dan saksama. Tanggungjawab dan akauntabiliti bagi memastikan ketepatan kedudukan aset adalah di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) pemilik aset berkenaan.

3. Pengesahan ini hendaklah disediakan dalam tempoh yang ditetapkan dan dikemukakan kepada UPA JANM Perlis secara softcopy (email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk tindakan selanjutnya selewat-lewatnya pada 7 Februari 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang. Mohon PTJ mematuhi tarikh yang telah ditetapkan. Pastikan Laporan Baki Aset (LBA) disemak dengan terperinci dan verifikasi keberadaan aset dilaksanakan dengan tepat berserta dokumen sokongan lengkap. Semua tindakan pelarasan dan pembetulan yang dikenalpasti pada verifikasi sukuan ketiga hendaklah diselesaikan dengan segera dan tidak berulang pada verifikasi sukuan keempat.

4. Bersama-sama ini disertakan Template Verifikasi Aset (TVA) yang baharu dan Tatacara Penyelenggaraan Laporan Aset Bukan Kewangan yang terkini bagi tujuan verifikasi ini.

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Perakaunan Aset (UPA), JANM Negeri Perlis. Kerjasama Tuan/ Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun Dokumen